Followers

Monday, 2 May 2011

THYROID....

Salam semua kalini mira nak kongsi pengetahuan mira tentang tiroid kat korang semua so lihat dan fahamilah k...=)

Gambarajah : Tiroid
Tiroid adalah organ endokrin yang terletak pada pangkal leher , di depan saluran pernafasan, trakea dan pada saluran makanan. Ia  mempunyai fungsi utama iaitu mengeluarkan hormon tiroid. Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin(T4) dan triodotironin (T3)  yang berfungsi mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak,membantu mengawal suhu tubuh badan, mermpengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein. Kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah. Penyakit tiroid mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya kepada kesihatan. Tiroid juga dikenali dengan nama goiter . Perkataan goiter berasal daripada perkataan Latin ‘guttur’ yang bermaksud kerongkong.
Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit tiroid ini ialah perempuan, menghidap penyakit pituitary atau penyakit endokrin yang lain, berusia lebih daripada 60 tahun dan seorang perokok. Faktor genetik juga boleh menjadi risiko untuk seseorang individu mendapat penyakit ini.

JENIS-JENIS TIROID

Terdapat 5 jenis tiroid :

1.  Hipertiroid
Terjadi apabila kadar hormon tiroid yang berlebihan iaitu hormone tiroid T3 dan T4 meningkat daripada normal dan selalunya berpunca daripada penyakit autoimun. Ia selalu terjadi kepada wanita yang berumur 20 hingga 40 tahun.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroid iaitu ‘Penyakit graves’  di mana ia disebabkan oleh faktor keturunan, ‘Penyakit multi nodular goiter’ keadaan dimana wujud banyak nodul pada tiroid dan ia berfungsi sama ada secara aktif, normal atau tidak aktif langsung dan ia juga boleh disebabkan oleh keadaan ‘Adenoma toksik’ iaitu terdapat satu nodul sahaja tetapi ia aktif dan mengeluarkan hormon secara berlebihan.

Simptom bagi hipertiroid ialah selera makan semakin bertambah, berat badan menurun, kerap membuang air besar, mudah marah, menggeletar, berdebar-debar, terasa panas, sering berpeluh, mata terjojol, penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan, osteoporosis, haid tidak teratur dan lumpuh kaki terutama pada lelaki.


2.  Hipotiroid
     Ia berlaku apabila kelenjar tiroid tidak  berfungsi
     dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat
     dihasilkan dengan secukupnya. Ia juga boleh
     disebabkan oleh Hashimoto Disease iaitu
     penyakit auto imun, selepas melakukan  
     pembedahan pembuangan tiroid atau selepas
     mengambil radioaktif iodin. Cara pemakanan
     yang tidak sesuai juga boleh menjadi faktor
     kepada hipotiroidisme.
    
     Simptom bagi hipotiroid ialah pesakit menjadi gemuk, badan mereka sering sejuk, malas, kuat tidur, lembap, ingatan terganggu, kaki membengkak dan juga ia boleh merosakkan jantung.

3.  Tiroid nodul
        Pembengakakan tiroid dalam bentuk nodul    
        dimana terdapat kes tiroid nodul dalam bentuk
        benign dan malignan. Jika ia benign pesakit tidak
        perlu dibedah tetapi jika ia malignan pesakit perlu
       dibedah dan menjalani rawatan radioaktif iodin
       selepas pembedahan.

4.    Postpartum trioditis
     Ialah inflamasi tiroid yang berlaku dalam
     3 hingga 6 bulan selepas wanita melahirkan
     anak, ia juga boleh berlaku jika wanita tersebut
     mengalami keguguran yang mana antibodi
     terhasil secara berlebihan. Antibodi ini
     menyebabkan kerosakan pada kelenjar tiroid.

5.    Hipotiroidisme kongenital
      Keadaan ini berlaku di kalangan bayi ia  disebabkan oleh tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Bayi yang mengalami masalah pada tiroid menunjukkan tanda-tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis dan tumbesaran lewat.
Struktur anatomi tiroid

Tiroid adalah kelenjar merah kecoklatan dan sangat vaskular anterior terletak di leher bahagian bawah larink atau peti suara, kelenjar tiroid mempunyai 2 lobus di kiri dan kanan trakea yang dihubungkan dengan isthmus yang bermaksud penyempitan.  Terdapat 2 jenis sel yang merembeskan hormon iaitu sel folikel yang merembeskan hormon tiroksin dan triidotironin. Manakala sel parafolikel pula menghasilkan hormone kalsitonin.

Hormon tiroksin dan triidotironin berfungsi di dalam metabolism karbohidrat, lemak dan protein. Dengan perkataan lain, kedua-dua hormone ini terlibat dalam mengawal kadar metabolism tubuh.
Hormon kalsitonin bertindak merendahkan aras kalsium dalam darah. Ia akan mengurangkan penyerapan kalsium di usus dan meningkatkan kadar penyingkiran melalui urin atau penyimpanan kalsium di dalam tulang.

Kelenjar paratiroid terletak di atas kelenjar tiroid dan merembeskan hormone paratormon. Hormon ini memberikan kesan yang bertentangan dengan hormon kalsitonin. Hormon paratormon akan meningkatkan aras kalsium di dalam darah dengan meningkatkan kadar penyerapan kalsium di usus. Ia juga mengurangkan penyingkiran kalsium melalui urin selain menggalakkan pengeluran kalsium dari tulang.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH (thyroid releasing hormon) dan TSH (thyroid stimulating hormon).

ETIOLOGI KEABNORMALAN
Etiologi untuk tiroid ini biasanya disebabkan oleh kekurangan iodine di mana tanpa iodine yang secukupnya tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan hormon tiroksin dan triodotironin yang mengandungi iodine yang diperlukan oleh tubuh.

Faktor-faktor lain yang boleh menjadi punca kepada penyakit tiroid ialah seperti Penyakit graves iaitu penyakit autoimun yang merangsang tiroid untuk hasilkan hormon tiroksin dengan banyak (hipertiroidisme), Penyakit Hashimoto iaitu merupakan penyakit autoimun dan menyebabkan inflamasi yang merosakkan kebolehan tiroid untuk hasilkan hormon (hipotiroidisme), goiter multinodular di mana beberapa nodular akan terbentuk di kedua-dua belah tiroid, Nodular tiroid tunggal di mana ia terjadi apabila seketul nodul terdapat di mana-mana bahagian kelenjar tiroid.

Selain daripada itu, faktor lain ialah kanser tiroid , mengandung juga boleh menjadi penyebab kerana sewaktu hamil hormon gonadotrofin korionik manusia (HCG) mengakibatkan kalenjar tiroid membesar, dan juga faktor  Inflamasi yang berlaku.

PATOGENISITI KEABNORMALAN
Proses sintesis hormon bermula di bahagian otak yang disebut 'hipotalamus’. Hipotalamus melepaskan thyrotropin-releasing hormone (TRH). TRH masuk melalui pleksus vena yang terletak di tangkai pituitari ke kelenjar pituitari, juga di otak. Sebagai respons, kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan thyroid-stimulating hormone (TSH) ke dalam darah.TSH memasuki kelenjar tiroid dan merangsang tiroid untuk menghasilkan dua hormon tiroid, L-tiroksin (T4) dan triiodothyronine (T3).

Untuk mengelakkan kelebihan pengeluaran atau rendahnya pengeluaran hormon tiroid, kelenjar pituitari  akan mengetahui berapa banyak hormon dalam darah dan menyesuaikan pengeluaran hormon sesuai. Misalnya, ketika ada terlalu banyak hormon tiroid dalam darah, TRH dan pengeluaran TSH keduanya menurun. Pengaruh jumlah ini adalah untuk mengurangkan jumlah TSH yang dikeluarkan dari kelenjar pituitari dan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid dari kelenjar tiroid untuk mengembalikan jumlah hormon tiroid dalam darah normal. Jika system tidak berfungsi ia boleh menyebabkan hipotiroidisme dan hipertiroidisme.

KAEDAH DIAGNOSIS
Terdapat ujian, pemeriksaan  dan kaedah tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid. Kaedah utama ialah ‘Fine needle aspiration cytology’ (FNAC) atau dikenali sebagai aspirasi jarum halus yang digunakan dalam makmal sitologi.

Tujuan FNAC digunakan adalah untuk mengesan neoplasma tiroid untuk pembedahan dan untuk mengenalpasti lesi non-neoplastik. Ia juga digunakan untuk mengubati cyst tiroid. Aspirasi dengan  jarum suntik boleh mengecilkan pembengkakan di cyst dan cecair dihapuskan dapat dianalisis untuk kanser.

Cara yang dilakukan adalah:
Ø  Pesakit akan disuruh berbaring untuk memastikan lokasi tiroid tersebut.
Ø  Iodin digunakan untuk mensterilkan leher pesakit daripada kontaminasi yang terdapat leher.
Ø  Apabila pesakit sudah selesa dan bersedia jarum gauge yang halus dan kecil di masukkan ke dalam benjolan.
Ø  Pesakit di minta menahan nafas untuk meminimumkan pergerakan struktur di leher. Jarum kemudian ditarik dan tekanan diterapkan di kawasan tiroid untuk meminimumkan pendarahan.
Ø  Prosedur ini selalunya diulang 4 hingga 6 kali untuk memastikan cecair yang dikeluarkan cukup.
Ø  Selepas itu slaid disediakan untuk dihantar ke makmal patologi untuk memastikan sama ada tisu tiroid tersebut cukup atau tidak.

Risiko FNAC adalah termasuk pendarahan, jangkitan, dan pembentukan cyst, tetapi komplikasi ini jarang berlaku.

UJIAN-UJIAN SARINGAN LAIN YANG DIGUNAKAN IALAH :-
Ø  Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal adalah sebahagian penting dari penilaian untuk masalah tiroid. Pengamal kesihatan akan fokus pada mata, kulit, jantung (jantung), dan penemuan neurologi.

Ø  Thyroid-stimulating hormone (TSH) adalah ujian makmal yang paling berguna dalam mendiagnosis penyakit tiroid. Ketika ada kelebihan hormon tiroid dalam darah, seperti pada hipertiroid, TSH rendah. Ketika ada hormon tiroid terlalu sedikit, seperti dalam hipotiroidisme, TSH tinggi.T4 dan T3 merupakan  hormon tiroid. Apabila T4 dan T3 tinggi ia menunjukkan hipertiroidisme. Apabila T4 dan T3  rendah ia menunjukkan hipotiroidisme.

Ø  Nuklear thyroid Scan adalah kaedah diagnosis untuk mengimbas sejumlah kecil iodine radioaktif yang tertelan. Peningkatan penyerapan bahan radioaktif dalam kelenjar tiroid menunjukkan hipertiroidisme, sedangkan penurunan penyerapan hadir dalam hipotiroidisme.

Ø  Kaedah ultrasound digunakan untuk menentukan saiz dan jumlah serta nodul pada kelenjar tiroid. Ujian ini juga boleh mengesan jika terdapat pembesaran kelenjar paratiroid.

Ø  Computerized axial tomography (CT) scan digunakan untuk mencari tahap pembesaran kelenjar tiroid pada pesakit.

RAWATAN
Ia bergantung kepada saiz pembengkakan, simptom-simptom dan punca ia berlaku.

Ø   - Jika kelenjar tiroid kecil dan tidak mendatangkan masalah dan tiroid berfungsi secara normal,  
       tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.
Ø   - JIika mempunyai hipotiroidisme, hormone tiroid akan digantikan dengan levotiroksina yang    
           akan menghilangkan simptom-simptom hipotiroidisme.
Ø      - Bagi kelenjar tiroid yang mengalami radang perlu mengambil aspirin atau kortikostiroid
Ø      - Pembedahan dilakukan apabila mempunyai tiroid yang besar dan mendatangkan rasa tidak 
       selesa atu sukar bernafas dan menelan.

No comments:

Post a Comment